Jenis Hakmilik Tanah Di Semenanjung Malaysia

posted in: Uncategorized | 0

Ramai yang beranggapan bahawa Pejabat Tanah & Galian (PTG) dan Pejabat Tanah & Daerah (PTD) adalah pejabat tanah yang sama. Setiap negeri mempunyai Pejabat Tanah & Galian (PTG) masing-masing dan setiap daerah mempunyai Pejabat Tanah & Daerah (PTD) masing-masing. Berikut merupakan jenis hakmilik tanah dibawah Pejabat Tanah & Galian (PTG) dan Pejabat Tanah & Daerah (PTD).

Jenis Hakmilik tanah dibawah Pejabat Tanah & Galian (PTG):

  • Geran (GRN)
  • Hakmilik Sementara Daerah (HSD)
  • Pajakan Negeri (PN)
  • Qualified Title (QT)
  • Certified Register (CT)

Jenis Hakmilik tanah dibawah Pejabat Tanah & Daerah (PTD):

  • Geran Mukim (GM)
  • Hakmilik Sementara Mukim (HSM)
  • Pajakan Mukim (PM)
  • Qualified Title Mukim (QTM )
  • Interim Register (IR)
  • Hakmilik Sementara Mukim MCL (HMM) *Hanya untuk negeri Melaka
  • Geran Mukim MCL (GMM) *Hanya untuk negeri Melaka

Untuk urusan carian tanah, anda perlu melakukan carian tanah mengikut jenis hakmilik tanah anda. Sebagai contoh, jika jenis hakmilik tanah anda ialah Pajakan Negeri (PN), anda perlu melakukan carian tanah di Pejabat Tanah & Galian (PTG) negeri, hanya Pejabat Tanah & Galian (PTG) dapat melakukan carian tanah tersebut. Ia ada sangat penting untuk anda untuk memahami jenis hakmilik tersebut sebelum anda membuat carian tanah.

Jika anda perlu membuat carian tanah, anda memerlukan nombor hakmilik yang lengkap. Tanpa nombor hakmilik yang lengkap, pejabat tanah tidak dapat melakukan carian tanah tersebut. Untuk memudahkan anda, EasyLaw menawarkan servis carian tanah di seluruh Malaysia. Dengan menggunakan EasyLaw, anda dapat menjimatkan masa anda ke destinasi tersebut. Juga menjimatkan masa anda untuk berurusan dengan pihak pejabat tanah. Anda hanya perlu menghantar permintaan anda melalui laman web kami dan anda akan dapatkan carian tanah tersebut melalui emel.

Diperolehi dari laman web Easylaw di pautan berikut:
https://www.easylaw.com.my/jenis-hakmilik-tanah-di-Malaysia